Lawatan Muhibah SK Kuala Kenyana

Pada 20 Mei yang lalu, SK Nanga Sikat telah menerima kunjungan warga SK Kuala Kenyana, Mukah. Lawatan Muhibbah SK Kuala Kenyana tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat akademik khasnya program-program akademik kedua-dua sekolah bagi menambahbaik akademik masing-masing.

Selain itu, tujuan lawatan muhibah itu juga adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga Sikat dengan warga Kenyana. Lawatan ini merupakan lawatan muhibah pertama dari sekolah yang diterima oleh SK Nanga Sikat. Oleh hal demikian, SK Nanga Sikat sangat berbesar hati menerima lawatan ini.

Warga SK Kuala Kenyana tiba di SK Nanga Sikat sekitar jam 2.30 petang. Mereka disambut dan dijemput ke Dewan Salam Fatimah untuk program seterusnya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu John Bin Alphonsus yang mengalu-alukan kedatangan warga SK Kuala Kenyana dengan tangan dan hati terbuka.

IMG_3265-2

IMG_3267-2

IMG_3270

Seterusnya warga SK Kuala Kenyana disajikan dengan persembahan multimedia yang memaparkan SK Nanga Sikat, penghuninya, aktiviti serta pencapaian SK Nanga Sikat sepanjang 2014. Selepas persembahan multimedia, warga SK Kuala Kenyana dihiburkan dengan persembahan Tarian Zumba oleh murid-murid Tahun 5 dan 6.

Screen Shot 2014-09-03 at 9.12.23 AM

Kemudian warga SK Kuala Kenyana diiring melawat ke kelas dan kawasan sekitar SK Nanga Sikat.

IMG_3273-2

Selesai melawat kawasan sekitar, warga SK Kuala Kenyana kemudiannya dijemput untuk menikmati jamuan di dewan makan.

IMG_3278

10339656_10203697217301350_7598343944144938477_n-2

Acara kemuncak lawatan muhibah ini ialah perlawanan persahabatan bola sepak di antara staf SK Nanga Sikat dengan staf SK Kuala Kenyana. Manakala bagi staf perempuan diadakan perlawanan persahabatan badminton.

10012483_10203697183540506_7243065170575558335_n

SK Kuala Kenyana berangkat pulang dari SK Nanga Sikat sekitar jam 6 petang.

* Sumber gambar daripada Cikgu Rizal SK Kuala Kenyana

Leave a comment