Manfaatkan bantuan KWAPM

Ibu bapa dan murid perlu memanfaatkan sebaik mungkin bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diterima, kata Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu, ibu bapa yang menerima bantuan ini sewajarnya membelanjakan bantuan KWAPM untuk kepentingan pendidikan anak mereka dan  bukan membelanjakannya untuk tujuan tidak berfaedah.

“Melalui usaha ini juga, murid yang berpotensi cemerlang dalam akademik dapat memotivasikan diri mereka untuk berjaya dalam peperiksaan seterusnya mampu membaiki kehidupan keluarga ke tahap lebih baik pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan sumbangan berupa pakaian sekolah, wang bantuan KWAPM dan wang e-Kasih kepada 491 murid di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh dekat Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM155,100.


MD.ALWI Che Ahmad (lima dari kiri ) beramah mesra bersama penerima bantuan dalam Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM di SK Ketereh dekat Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

 

Leave a comment