Perkhemahan TKRS (RIMUP) 2014

Pada 28 hingga 31 Oktober yang lalu, SK Nanga Sikat telah menganjurkan Perkhemahan TKRS (RIMUP). Perkhemahan TKRS merupakan aktiviti tahunan yang wajib dilaksanakan mengikut takwim unit beruniform tersebut. Namun untuk tahun ini terdapat sedikit kelainan iaitu buat julung kalinya Perkhemahan Tahunan TKRS menerima peserta jemputan dari SK Kuala Kenyana, Mukah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan … Continue reading

Majlis Hari Terbuka & Sambutan Hari Raya Aildilfitri Pra Sekolah

Pada Rabu 8 Ogos 2014 yang lalu, Kelas Pra Sekolah SKNS telah mengadakan Majlis Hari & Sambutan Hari Raya Aildilfitri Terbuka Prasekolah  yang bertempat di kelas Pra Sekolah. Hari Terbuka Kelas Pra Sekolah merupakan program tahunan namun pada tahun ini lebih istimewa kerana diadakan serentak dengan rumah terbuka Aildilfitri.

Sambutan Hari Lahir (Mei & Jun)

Bagi meneruskan lagi Program Guru Penyayang, SK Nanga Sikat telah menyambut hari lahir murid-murid dan staf yang lahir pada bulan Mei dan Jun. Majlis sambutan tersebut diadakan pada 18 Jun 2014 yang lalu. Murid yang diraikan ialah Danish Noel, Adriano Heyward, Alex Zamani dan Jonathan Adom. Manakala staf yang diraikan ialah Cikgu Welen Wee, Cikgu … Continue reading

Lawatan Muhibah SK Kuala Kenyana

Pada 20 Mei yang lalu, SK Nanga Sikat telah menerima kunjungan warga SK Kuala Kenyana, Mukah. Lawatan Muhibbah SK Kuala Kenyana tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat akademik khasnya program-program akademik kedua-dua sekolah bagi menambahbaik akademik masing-masing. Selain itu, tujuan lawatan muhibah itu juga adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga Sikat dengan warga Kenyana. Lawatan ini … Continue reading

Sambutan Hari Guru 2014

Pada 16 Mei yang lalu, SK Nanga Sikat, Mukah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Salam Fatimah. Bertemakan “Guru; Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi”, majlis tersebut dijalankan dengan penuh kesederhanaan namun tetap meriah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri Sarawak dan lagu sekolah. Majlis Sambutan Hari … Continue reading

Science Camp 2014 – “Young Scientists in The Making”

Pada 14 hingga 17 April yang lalu, Panitia Sains SK Nanga Sikat telah mengadakan Science Camp 2014. Kem sains ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula hari Isnin hingga Khamis. Science Camp bermula dengan majlis pelancaran bertempat di Dewan Salam Fatimah. Dengan tema “Young Scientists in The Making”, Cik Suzana Mohamad Ismail selaku penyelaras program berharap dengan … Continue reading

Sambutan Hari Lahir Bulan Mac

Seperti bulan-bulan lepas, pada bulan ini sekali lagi para guru dan akp bersama-sama menjayakan Majlis Sambutan Hari Lahir bagi guru, akp dan murid yang menyambut hari lahir pada bulan Mac. Staf yang menyambut hari lahir pada bulan Mac ialah Cikgu Habib Saiful dan Puan Jennifer. Manakala murid yang menyambut hari lahir pada bulan ini ialah … Continue reading

Majlis Pelancaran Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

    Pada 19 Februari 2014 yang lalu, panitia Bahasa Melayu SK Nanga Sikat telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Kempen ini merupakan salah satu perancangan aktiviti panitia dan merupakan program pertama bagi sesi 2014.

Majlis Penangguhan Program Transisi dan Guru Penyayang

Majlis Penangguhan Program Transisi Tahun 1 dan Guru Penyayang telah diadakan pada 22 Januari 2014 iaitu pada hari Rabu di Dewan Salam Fatimah SK Nanga Sikat. Majlis tersebut dimulakan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Ilmu Punca Kejayaan.

Program Transisi Tahun 1 dan Guru Penyayang 2014

Sesi persekolahan 2014 SK Nanga Sikat  bermula dengan Program Transisi Tahun 1 & Guru Penyayang. Program ini telah dilaksanakan selama 3 minggu iaitu berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan guru-guru bersama murid-murid Tahun 1.  Program Transisi ini bertujuan untuk menyesuaikan murid-murid Tahun 1 dengan pembelajaran dan pengajaran, persekitaran … Continue reading