Majlis Hari Terbuka & Sambutan Hari Raya Aildilfitri Pra Sekolah

PSKNS-1Pada Rabu 8 Ogos 2014 yang lalu, Kelas Pra Sekolah SKNS telah mengadakan Majlis Hari & Sambutan Hari Raya Aildilfitri Terbuka Prasekolah  yang bertempat di kelas Pra Sekolah. Hari Terbuka Kelas Pra Sekolah merupakan program tahunan namun pada tahun ini lebih istimewa kerana diadakan serentak dengan rumah terbuka Aildilfitri.

Hari Terbuka Kelas Pra Sekolah ini bertujuan untuk mendedahkan Kelas Pra Sekolah kepada semua warga sekolah disamping memaparkan hasil kerja murid-murid. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid Pra Sekolah suasana Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah kerana murid-murid di SKNS berbangsa Iban, maka pengalaman baharu seperti ini akan lebih meluaskan pengetahuan murid.

PSKNS-7

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Cikgu Maizatulnadiah selaku Guru Kelas Pra Sekolah. Beliau mengalu-alukan kedatangan semua hadirin dan seterusnya menyatakan secara ringkas tujuan dan harapan majlis tersebut. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada tuan Guru Besar Cikgu Affandi dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Terbuka & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pra Sekolah.

PSKNS-6

PSKNS-8

Selesai ucapan, para hadirin dijemput menjamu selera dengan juadah yang menarik dan sedap. Antara juadah yang disediakan ialah  nasi goreng, nasi impit, rendang ayam, kuih-muih, pelbagai biskut raya dan pelbagai jenis kek lapis. Majlis tamat sekitar jam 9.30 pagi.

PSKNS-3

PSKNS-2

PSKNS-9

PSKNS-10

IMG_3825

Leave a comment