Logo & Lagu Sekolah

Logo Sekolah

Logo Sekolah

Bentuk : Segi empat dan separuh bulatan merupakan simbol geometrik dalam matematik yang membawa gambaran agar kita berfikir dan terus berfikir ke arah positif

Padi: Melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan

Topi Mortar : Melambangkan cita-cita yang tinggi ke menara gading

Buku : Gedung ilmu yang diterokai

Warna Hijau : Melambangkan keharmonian dan suasana sekolah sekolah yang ceria

Warna Merah : Melambangkan keberanian dalam menimba ilmu dan menyuarakan pandangan yang bernas

Warna Kuning : Kejujuran dan Ketakwaan

Lagu Sekolah: Ilmu Punca Kejayaan

Sekolah Kebangsaan Nanga Sikat, letaknya ditepi sungai

Sungguh indahnya dipandang mata, dikelilingi tumbuhan menghijau

Ilmu Punca Kejayaan, itulah teras perjuangan

Terus berusaha mencapai impian, demi kesejahteraan masa depan

Ramai murid yang datang belajar, mengisi ilmu di dada

Begitu juga dengan gurunya, rajin mendidik demi anak bangsa

Majulah sekolah yang tercinta, bersama wawasan negara

Terus berani seia sekata, majulah terus maju jaya